omniture
from common-pcom:html:key:id_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring
en_US zh_TW zh_CN id_ID ja ko_KR ms_MY th_TH

JA Solar Peroleh Kontrak Bekalkan Modul 100MW untuk Salah Satu Daripada Tiga Stesen Kuasa Suria Darat Berskala Besar di Zimbabwe

2015-12-10 11:24

MUNYATI, Zimbabwe, 10 Disember 2015 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar"), salah satu daripada pengeluar terbesar dunia untuk produk kuasa suria berprestasi tinggi hari ini mengumumkan yang ia telah memperoleh kontrak untuk membekalkan modul fotovoltan ("PV") 100 MW kepada salah satu daripada tiga kemudahan kuasa suria darat berskala besar di Zimbabwe. Projek ini bakal mempunyai gabungan kapasiti tersedia sebanyak 300 MW dan tiga kontraktor untuk projek ini ialah ZTE, China MCC17 Group dan Intratrek Zimbabwe. JA Solar akan membekalkan modul PV untuk China MCC17 Group bagi projek yang sedang diusahakan oleh mereka.

Menurut maklumat yang disediakan oleh Lembaga Pemerolehan Negara Zimbabwe, loji kuasa itu akan ditempatkan di Munyati, Insukamini (komuniti kecil berhampiran Munyati), dan Gwanda, ibu negara Matabeleland Selatan (daerah Zimbabwe yang terletak berhampiran sempadan Botswana). Seorang jurucakap JA Solar berkata syarikat itu mengadakan rundingan dengan Zimbabwe Power Company bagi membekalkan modul untuk projek Munyati awal tahun ini. Jurucakap tersebut menjelaskan lagi yang China MCC17 Group memilih JA Solar sebagai pembekal modul eksklusif mereka selepas memenangi bidaan untuk membangunkan projek Munyati.

Tiga projek itu melibatkan jumlah kontrak modul PV bernilai AS$544 juta, AS$179 juta daripadanya diraih oleh JA Solar. Semua projek ini dijadualkan akan memulakan proses pembinaan pada akhir tahun 2016 atau awal tahun 2017, dan dijangka siap pada akhir tahun 2017.

Zimbabwe, seperti kebanyakan negara sub-Sahara Afrika lain, menghadapi masalah kekurangan tenaga elektrik yang kritikal. Buat masa ini, kebanyakan tenaga elektrik negara itu dibekalkan oleh sebuah stesen janakuasa termal yang besar, tiga stesen janakuasa termal yang lebih kecil, dan sebuah stesen hidrokuasa. Semua loji kuasa ini gagal memenuhi permintaan tenaga elektrik negara itu, kerana hampir separuh daripada unit penjanaan kuasa sudah tidak berfungsi sejak beberapa tahun. Hal ini ditambah pula dengan penggunaan tenaga elektrik yang melampau oleh syarikat-syarikat perlombongan, yang mengakibatkan kegagalan bekalan kuasa secara meluas di bandar-bandar seluruh negara. Sejak dua tahun lepas, kerajaan Zimbabwe telah mempercepatkan proses pembinaan projek kuasa, termasuk tiga loji kuasa PV atas darat berskala besar. Pada zaman yang mana pentadbiran seluruh dunia semakin memfokuskan kepada pembangunan tenaga boleh dibaharui, perniagaan yang boleh memenuhi keperluan yang semakin meningkat ini akan mendapat lebih banyak peluang. Hasil daripada lawatan negara oleh Presiden China Presiden Xi Jinping ke Zimbabwe pada pagi 1 Disember 2015, kedua-dua negara bersetuju untuk terlibat dalam satu siri kolaborasi dalam pelbagai sektor, termasuk perdagangan dan tenaga.

Xie Jian, presiden eksekutif JA Solar, berkata, "Zimbabwe adalah hentian pertama Presiden Xi sewaktu lawatan rasmi beliau ke Afrika, yang menandakan kedua-dua negara boleh menjangka untuk melihat jalinan kerjasama yang lebih erat dalam bidang tenaga boleh dibaharui. Kontrak yang diperoleh bagi membekalkan modul PV untuk projek Zimbabwe ini bukan sahaja menyediakan peluang kepada JA Solar untuk mengukuhkan hubungan yang lebih erat di Zimbabwe tetapi juga membantu menyediakan asas kepada syarikat itu untuk menjalin hubungan dengan negara-negara Afrika lain. JA Solar akan meneruskan komitmennya untuk menyediakan produk suria yang lebih berkualiti tinggi kepada pasaran di serata dunia, ketika kami terus mengusahakan kualiti yang tertinggi dalam produk kami agar dapat memberi khidmat terbaik kepada para pelanggan kami."

Ketua daripada China MCC17 Group mengulas, "Kami bertekad untuk menjadikan projek suria Munyati sebagai projek suria siap yang pertama di Zimbabwe untuk memenuhi keperluan tenaga elektrik rakyat Zimbabwe."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Related stocks: NASDAQ:JASO

from common-pcom:html:key:id_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Berita Video Terpilih

from common-pcom:html:key:id_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Pencarian
  1. Produk & Layanan
  2. Cari Rilis Berita
  3. Pusat Informasi
  4. bagi Jurnalis & Media
  5. Hubungi Kami