omniture
from common-pcom:html:key:id_segment_includes_overall_segment_header_shtml
PR Newswire: news distribution, targeting and monitoring
en_US zh_TW zh_CN id_ID ja ko_KR th_TH vi_VN

Omdia: Pasaran semikonduktor mengalami penurunan selepas mencatat peningkatan pendapatan selama lima suku tahun berturut-turut

2022-06-23 20:03

LONDON, 23 Juni, 2022 /PRNewswire/ -- Pasaran semikonduktor China mencatat penurunan pada suku pertama 2022 selepas lima suku tahun berturut-turut mencatatkan pertumbuhan berterusan, dengan pasaran merosot hanya 0.03% berbanding suku sebelumnya, menurut analisis daya saing terkini Omdia bagi pasaran semikonduktor sedunia.

Total semiconductor revenue percentage change
Total semiconductor revenue percentage change

"Jumlah pendapatan semikonduktor telah meningkat setiap suku tahun sejak suku kedua tahun 2020 dan pasaran telah menetapkan jumlah rekod pendapatan baharu setiap suku tahun bermula dari suku keempat tahun 2020. Tetapi pasaran tersebut telah memecahkan kedua-dua rekod tersebut pada suku pertama tahun 2022, merosot buat kali pertama sejak suku pertama tahun 2020," kata Cliff Leimbach, Penganalisis Penyelidikan Kanan dan pengarang Semiconductor Competitive Landscape (CLT) Spotlight Service Omdia.

Leimbach menambah bahawa penurunan tersebut agak kecil memandangkan saiz pasaran dan pendapatan semikonduktor kekal berada di tahap tertinggi di sepanjang masa tersebut. Pendapatan pada suku pertama tahun 2022 menurun daripada $159.35 bilion pada suku keempat tahun 2021 kepada $159.30 bilion pada suku pertama tahun 2022 dan suku pertama tahun 2022 merupakan pendapatan kedua tertinggi yang pernah direkodkan.

Tambahan pula, penurunan pada suku pertama tahun 2022 adalah rendah berbanding standard sejarah. Suku pertama biasanya merupakan suku tahun yang mencatat penurunan kerana permintaan yang menyusut selepas musim percutian. Sejak Omdia mula menjejaki pasaran pada tahap suku tahunan pada tahun 2002, penurunan purata suku pertama ialah 4.4%. (Lihat carta.)

Ulasan Suku Pertama 

Hampir semua komponen semikonduktor mengalami pertumbuhan secara berterusan antara -5% dan 5% pada suku pertama tahun 2022 berbanding suku keempat tahun 2022. Jumlah sektor yang mengalami penurunan termasuk penderia CMOS, yang merosot sebanyak 16% suku tahun ke suku tahun. Biasanya, pasaran ini merosot pada suku pertama tetapi faktor tambahan turut memainkan peranan dalam tempoh ini:

  • Peningkatan harga bahan mentah di seluruh dunia terus memberi tekanan kepada kadar inflasi.
  • Kelembapan dalam perbelanjaan pengguna dalam suku pertama, terutamanya untuk sektor telefon pintar.
  • Kesan pandemik yang berterusan di pasaran utama pada suku pertama telah menjejaskan rantaian bekalan untuk sektor telefon pintar dan produk elektronik yang lain.

Bahagian Pasaran 10 Terbaik

Selepas agak sukar untuk mengatasi Intel dalam suku keempat tahun 2021, Samsung telah meningkatkan penguasaannya dalam suku pertama. Pendapatan yang direkodkan Samsung kekal teguh, manakala pendapatan sektor pemproses mikro (MPU) yang masih banyak dipengaruhi oleh Intel, mengalami penyusutan pada suku pertama tahun 2022.

Bagi dua buah syarikat teratas, yang paling ketara adalah AMD, yang telah meningkat daripada tempat kelapan ke tempat keenam selepas penyempurnaan pengambilalihan Xilinx oleh mereka. Syarikat-syarikat sektor memori (Samsung, SK Hynix, Micron) kekal sebagai pempengaruh utama sebagai pegangan pasaran sektor memori, dengan jumlah pendapatan sektor memori (DRAM, NAND, NOR) telah mengalami penurunan hanya 2.2% pada suku pertama tahun 2022.

Tentang Omdia
Omdia ialah sebuah kumpulan penyelidikan dan penasihat terkemuka yang memberi tumpuan kepada industri teknologi. Dengan para pelanggan yang beroperasi di lebih 120 buah negara, Omdia menyediakan data, analisis, nasihat dan perundingan tersuai yang penting di pasaran.

Sila hubungi:
Fasiha Khan / Tel: +44 7503 666806 / E-mel: fasiha.khan@omdia.com

Sila layari Omdia

Top10 market share - Omdia
Top10 market share - Omdia

Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1843149/Omdia_Total_semiconductor_revenue_percentage_change.jpg?p=medium600
Foto - https://mma.prnasia.com/media2/1843150/Omdia_Top_10_Market_Share.jpg?p=medium600 

from common-pcom:html:key:id_segment_includes_releases_right_column_video_module_shtml

Berita Video Terpilih

from common-pcom:html:key:id_segment_includes_overall_segment_footer_shtml
Pencarian
  1. Produk & Layanan
  2. Cari Rilis Berita
  3. Pusat Informasi
  4. bagi Jurnalis & Media
  5. Hubungi Kami